melihat dunia ✿✿✿

Perth day 1, 2 : Yay! Sudah sampai Perth dan Albany, indahnya

with one comment

14hb April

Naik flait jam 1150malam. Siangnya kami soping2 sket barang makan. Beli la megi berbungkus-bungkus. Brahim pun berpaket-paket. Tapi masih dalam keadaan terkawallah sebab kastam Ostolia ni strict gile.

Dalam flait, apa lagi tido la. Tapi tak sebest tido kat atas katil la kan? Kekekek

15hb April

Sampai kat Perth lebih kurang jam 530am. lalu kat kastam. everything semua ok. cop pasport. amik beg. dan blah dari situ. Takde check details pon apa isi dalam beg. Dia cuma tanya, apa ada dalam beg? kemudian blah. Dan masa lalu tu ada lah sekor anjing nama Massy yang dok hidu2 beg kami. Aiyoo! Tapi ok je la. Kami pun tak sangka mudah begitu sekali. Kalau tahu, bawaklah lagi stok makanan lain yg best-best. haha!

So, oleh kerana awal lagi (amik keta sewa jam 8am), so kami pon melepak2 la kat area airport tu. Ada internet pree kat epot tu. Apa lagi la kan? ekkekek. Dalam pukul 7 lebih, kami naik taxi (guna meter), ke kedai sewa keta (bayswater) area epot tu utk amik keta. Bayar taxi dalam aud28.

Waktu kami sampai di opis keta sewa tu, dorang belum bukak, jadi kami pon dok lepak jap sementara tunggu bukak. Dalam kol 8am, kami pon buat pembayaran keta (pakai credit card) dan ada deposit aud300 untuk keta. Insurans tu kami amik standard cover je. dan tak amik pon gps. Kami sewa toyota corolla Hatch.

Setelah check keta dalam keadaan baik, so kami pun memulakan perjalanan ke Albany. Sempatlah tanya dengan orang kedai sewa keta tu cara2 nak ke Albany hwy. Sesat tu teman sejati pengembara. Haha!

Perjalanan ikut Albany hwy tu ok-ok saja. keta tak banyak, jalan pun kira okey. Sempatlah singgah beberapa tempat yang cantik. entah ladang sapa tah, kami main tumpang bergambar. haha! Makan megi di tepi jalan sambil memandang ladang2 tu mmg syiok.

Kami sampai di Albany, dalam lebih kurang 250pm. Stay kat Albany backpacker. Check in dapatlah free guna internet 15 minutes. ekkekek. Kemudian kami terus ke IGA sebab perot dah lapar gila masa tu. Kami belilah bahan2 mentah (sayur, minyak, garam, beras, kentang dll). Balik hostel terus masak dan makan.

Lepas dah kenyang, kami terus jalan ke The Gap & Natural bridge. Adalah dalam lebih kurang 1/2 jam kot dari town Albany tu. best la kat sana. Time kami datang tu, dah nak sunset dah. Mmg mabeles! Dengan sejuk. Dengan gayat sebab tengok ombak kuat dan batu2 besar tu. Phew!

Oleh kerana jam 6pm, keadaan dah gelap. maka kami pon jalan balik ke town. Sempatlah isi minyak. Kat sini rate minyak tu lain2. Boleh dapat aud1.33 to aud1.45. Tengok pada tempatlah. Tapi kat perth kami ada jumpa aud1.23.

Ronda-ronda albany town. Sempat masuk ke shopping kompleks tu. Tak ingat apa dia. Kira okeylah. Pehtu, jalan kat town tu, masuk sebinier shop. Pukul 8 lebih, balik hostel. Kami rebus ketupat segera utk bekalan esok, sambil minum teh o panas.

Setel semuanya, tidolah apa lagi. Aku dok bilik 6 katil. tapi stay berdua je dengan sorang minah ni. Dia hujung sana, aku hujung sini. Best betul tido. 😉

Written by selipar.biasa

April 14, 2010 at 4:23 pm

Posted in Australia, Perth

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. tak samak ke dah kena hidu2 ngan anjing? ekekeke. 😀

    ape da.. pengembara mana blh bertenet-tenet~ :-p haha.

    amyz

    May 11, 2010 at 3:08 pm


Leave a reply to amyz Cancel reply