melihat dunia ✿✿✿

Perth day 3 & day 4 : William Bay yang syok, Pemberton yang sunyi

with 2 comments

16 April 2010

Kol 7.30 dah bersiap-siap kemas barang dan bfast. Roti dan scrambled egg dan sambal ikan bilis. Lepas bfast, kami checkout. Pusing-pusing Pekan Albany yang tenang dan nyaman tu. Kemudian ke Windmill Farm yang kami terjumpa secara tak sengaja petang semalam. Memang best dan nyaman lepak situ. Panjat bukit dan tengok pemandangan windmill tu. Dengan pokok-pokok, laut, langit biru.

Lepak kejap je kat situ, pehtu bertolak ke Denmark ikut scenic route. Jumpa satu kawasan pokok2 autumn yang cantik, ladang-ladang yang menghijau, lembu hitam putih yang comel. Mana nampak sign board tempat yang best, kami redah masuk je. Hehe.

Lebih kurang jam 10.45 pagi, kami sampai di pekan Denmark. Kecik je pekannya. Nampak tourist info, terus pi sana. Yang bagusnya kat sini, walaupun pekan kecik pun, still ada gak pejabat tourism yang sangat-sangat helpful.  Kami pusing-pusing sekitar pekan Denmark. Singgah ladang anggur dan ladang chesse. Dah puas pusing-pusing tu kami terus ke William Bay (pantai dengan batu-batu besar). Ada Elephnant Rock dan Green Pool

Kami lunch di William Bay. Waktu tu betui-betui jam 12.30 tengahari tapi masih rasa sejuk-sejuk lagi. Berbumbungkan langit biru, beralaskan batu-batu besar dan di hadapan kami laut biru yang cantik.  Makan nasi himpit, ayam merah Brahims, telur rebus dan sardin. Pergh! Nikmat tak terhingga. Hehe! Lepak-lepak situ dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Bolehlah kalau nak layan mata. Ihiks.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Valley of  The Giant (tempat pokok2 besar dan ada jambatan gantung sekali). Sempat singgah kat ladang lebah dan rasa madu. Sepanjang perjalanan ke Valley of The Giant tu, humang aihhh pokok2nya besar dan tinggi2 belaka. Rasa macam orang kerdil pulak. Tiket masuk aud10. Ada Tree Top Walk (jambatan gantung yang kukuh la. Takde goyang-goyang). Jalan kat jambatan gantung tu, paling tinggi akan berada di paras 40 meter dari bawah. Aku ni dahlah gayat pada ketinggian tapi pura-pura beranilah. Haha!

Settle je kat situ, kami meneruskan perjalanan ke pekan Pemberton. Sempat singgah kat kawasan rehat untuk makan megi. Ihiks.

Sampai Pemberton lebih kurang jam 5.30 petang. Check in kat YHA Hostel Backpacker. Oleh kerana terdapat kesilapan booking kat belah pihak dorang, maka kami telah diberikan sebuah one bed cottages. Wau best tu. Kat ruang tamu ada 1 bunk bed, kat bilik 1 queen bed. Siap ada dapor, tv, meja makan.

Oleh kerana IGA Supermarket akan tutup jam 7.00 malam, lepas je check in, kami terus berkejar ke IGA untuk beli bahan2 untuk masak. Dah setel pembelian, kami balik cottage dan prepare untuk dinner.

Dinner malam itu adalah buncis goreng, fish fillet dan telur dadar. Yummy! Lepas dinner, dalam jam 7.50 malam, kami keluar. Nak pusing-pusing pekan Pemberton. Sekali tu sunyi sepi gila kat luar tu. Semua kedai tutup tapi adalah dua tiga kedai makan yang bukak. Kenderaan pun takde kat atas jalan raya. Wau! Betui-betui macam pekan berhantu. Kekekek.

Oleh kerana takde apa yang menarik malam2 tu, kami pun balik cottage. Main intenet jap kemudian tido. Kami pusing-pusing pekan Pemberton yang kecik tu. Tah berapa orang je penduduk kat situ agaknya. Kereta pun tak banyak kat situ. Siap boleh posing-posing lagi kat tengah jalan raya. Hehe!

17 April 2010

Gila kesejukan tido di Pemberton ni. Kaki aku sampai kejang-kejang (ada orang kata tersimpul biawak ke apa tu). Dalam jam 7. 30 pagi, aku keluar cottage. Morning walk kononnya. Sekitar-sekitar cottage tu je.  Lepas tu bfast dan packing barang untuk check out.

Lepas check out, kami ke tourist info untuk tanya apa yang menarik dan jalan nak ke Augusta/ Margaret River. Ekceli, banyak gak tempat menarik di Pemberton ni. Nak panjat pokok tinggi ke, sandboarding ke dan pi ladang-ladang lain.

Kami meneruskan perjalanan nak ke Augusta. Terjumpa satu resort dalam hutan. cantik. Siap ada Kanggaro lagi depan resort tu. Biar macam tu je. Jakun kejap. Hehe!Kami lalu ikut jalan ke beberapa taman negara. Jalan pun jalan tanah merah. Kiri kanan pokok2 je. Tapi cantiklah. Adalah dekat sejam ikut jalan tu. Kalau ikut jalan raya bertar tu mungkin sekejap kot.

Kami sampai kat Augusta dalam lebih kurang jam 11.30 pagi. Terus ke Cape Leeuwin. Ada pertembungan dua ocean. Indian ocean dan southern ocean. Ada juga rumah api.  Sangat best dan cantiklah tempat ni. Lepak-lepak situ. Nak masuk ke rumah api tu kena bayar. Tapi kami tak masuk pun. Lepak kat sekitar situ je.

Dah puas melepak, kami pun patah balik ke pekan Augusta tu, dan lepak kat jeti ke tasik kat situ. Adalah bot2 yang boleh naik. Hehe. So lunch kat situ. Lepas lunch kami meneruskan perjalanan ke Margaret River. Ambil masa dalam 45-50 minit sahaja.

Kami check in dulu kat Taunton farm Holiday park. Cottage kat ladang. Lepas check in, kami terus ke pekan Margaret River. Adalah dalam 15-20 minit perjalan dari farm kami. Pusing-pusing tengok sourvinier, singgh IGA untuk beli bahan-bahan untuk masak dinner. Terjumpa satu kedai kebab, so makan kat situ. Sedaplah.

Balik tu, kami sempat singgah kat kilang chesse tapi dah tutup daaa. Masa tu jam 5 petang. Singgah kat kilang anggur pun dah tutup. Posing je lah kat pokok anggur yang dah dipetik buah-buahnya. Kekeke.

Sampai kat farm jam 5.15 pm. Tanya dengan orang farm tu, kat mana nak tengok binatang2 semua. Orang farm kata dalam jam 5.30 pm ada sesi bagi makan kat binatang dekat-dekat situ je. So, lepas letak barang2 kat cottage, kami pun pergi la kat sekitar farm tu. Tengok-tengok cuma ada 13 ekor binatang je. Adalah kuda seekor, lembu 2-3 ekor, keldai, kambing biri-biri. Hahahah! Kira okeylah tu kan? kan?

Lepak-lepak kat situ, layanlah budak2 mat saleh yang ada. Hehe. Dah puas bercanda-canda tu, balik cottage dan prepare untuk dinner pulak.

Malam tu dinner adalah butter prawn,  kobis masak air,  sardin, kentang goreng dengan bawang dan cili dan buah anggur.  Sedap gila. Tetiba jadi pulak butter prawn kat sini. Haritu masa buat kat Malaysia tak jadik pun. Hahah!

Dah kenyang, mandi-mandi dan lepak je kat katil. Oh ya, kami duduk kat one bedroom cottage. So kat bilik tu ada 1 queen bed, kat luar ada 1 bunk bed dan satu katil single. Kalau pergi situ, untuk 5 atau  6 orang memang ok sangat-sangat. Satu malam adalah aud145.

Tiba-tiba malam tu, kami baru tersedar yang kami telah membelanjakan banyak duit untuk beli makanan mewah-mewah. Masak macam kat Malaysia saja. Dua tiga lauk. Poyo gila. Tak macam backpacker langsung. Haha! So telah menetapkan no more IGA! Lepas ni kena habiskan makanan yang kami bawak penat-penat dari Malaysia tu. Stok megi pun banyak lagi. hahaha!

Pukul 8 lebih sudah tido. Best sungguh.

Advertisements

Written by selipar.biasa

April 16, 2010 at 12:04 pm

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. hahaha. siap ada butter prawn lagi. mcm holiday tido kat hotel pulak. hahaha.

    bestnya dpt tgk rumah api dekat2.. bestnya~

    amyz

    May 11, 2010 at 4:21 pm

  2. yayang…

    macam tak abis cerita je nih.. takde sambungan ke?? ke selipar dah putus sebelum cerita dpt disambung?

    pieja

    May 11, 2010 at 9:22 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: