melihat dunia ✿✿✿

Day 11 : time to say goodbye

leave a comment »

Kejap saja masa berlalu kan? Rasanya macam baru je sampai Perth, tup-tup dah sampai masa nak balik dah. Uhuks.

Kami sampai di epot Perth dalam lebih kurang jam 12.30 malam. Nak check in, kaunter tak bukak lagi, jadi kami cari port yang okey sikit untuk melepak. Ramai je orang yang ada kat epot tu, so takde lah risau tak selamat ke apa. Yang bagusnya kat epot Perth ni, ada sediakan beberapa pc berinternet. Jadi, untuk membuang masa yang ada, kami pun berinternetlah.Sempatlah beli bagasi tambahan kat Airasia.com setelah ditimbang-timbang melebihi kilo. Kui kui kui

Dah jemu berinternet, aku pusing-pusing sekitar epot tu. Bekal yang kami bawa (megi goreng yang kononnya nak makan kat epot) tak berusik pun. Keadaan yang sejuk sangat, tak tertahan dengan aircond sejuk tu. Aku lepak kat dalam prayer room. Ada kerusi kat situ. Nasib baik dalam bilik tu tak berapa sejuk. So tido kat situ. Sedar-sedar dah jam 5am. Ha, kelam kabut kejut kawan yg lain.Terus ke kaunter check in. Mak oii dah panjang sangat dah. Ampes betuilah kami ni, datang paling awal, tapi bila nak check in, paling last plak.

Lepas check in, kami terus berjalan laju ke boarding area. Kena beratur kat kastam plak. Kemudian kat imigresen. Everything okey, tapi one of my friend ada sangkut plak masa scan2 beg tu. Masa tu memang dah waktu-waktu terdesak dah. Lebih kurang jam 6 lebih gak.  Kami terus berlari ke depan flait, bagitahu kat pramugari tu ada sorang kawan kami masih sangkut.  Kami tunggu kat situ. Tak lama lepas tu, kami nampak bayang dia. Pheww lega. Rupanya dalam beg dia ada key chain yang besi2 tu. Tu yang dok sangkut tu. Hehe.

Perjalanan dari Perth ke Kuala Lumpur berjalan dengan okey. Beli makanan sebab tetiba perut rasa lapar. Aku yang bawak aud800 tu, adalah tinggal baki aud35. Hehe. Okeylah tu kan, daripada kawan-kawan aku yang bawak aud1000 tapi takde baki langsung. Ngeh ngeh ngeh.

Rindu la dengan perth. Ini adalah antara trip yang sangat fun dan best. Belum pn keluar dari bumi Perth, dah pasang niat nak datang kembali. Walaupun kena drive jauh dan berjam-jam, tapi tenang dan enjoy. Dan walaupun ada beberapa krisis dalaman (adatlah kan?) tapi keseluruhannya adalah sangat superb!

Perth, tunggu aku datang lagi!

Written by selipar.biasa

April 24, 2010 at 10:48 am

Posted in Australia, Perth

Day 10 : Fremantle, masa untuk shopping!

leave a comment »

Lepas bfast di hostel, dalam lebih kurang jam 8am, kami bertolak ke trains station. Jalan kaki tu adalah dekat 10-15 minutes dari hostel. Kawasan train ni lebih kurang macam komuter kat Malaysia. Tapi hidup di Australia ni, dorang depends on trust. Saling mempercayai.  Beli trains walaupun takde orang nak check tiket. Kalau kat Malaysia, boleh ke buat macam tu?

Perjalanan naik train tu lebih kurang 30-40 minutes gitulah. Sampai kat Fremantle (bandar pelabuhan), kami naik bus CAT (free saja) untuk ronda-ronda sekitar Fremantle. Dah habis satu round, kami pun berhenti kat e-shed market. Duit dah menjerit-jerit minta dibelanjakan. Hehe.

Kami soping di kedai nama Aussin. Owner dia Indonesian. Kalau kat forum tu, ramai yang dok promote kedai ni. So owner dia memang okey. Barang-barang dia okey. dan boleh tawar dapatkan rega rendah lagi.

Tengah soping-soping tu, laparlah plak. Kami pi makan kebab kat kedai Enfes Kebab. Halal.😉 Lepas kenyang kami sambung lagi. Sampai jam 1pm kami di situ. Kami naik bus dan ronda Fremantle seround lagi naik bus CAT tu. Kemudian berhenti kat kedai makan Kailis Fish and Chips. Try makan kat situ pulak. Sebab sebelum ni kan dah makan kat Cicerellos.


Okey gaklah kat Kailis ni. Sempatlah beli eskrem setiap sorang kami dan makan kat park. Lepak-lepak kat park dekat situ. Dah puas melepak, kami pun memulakan langkah untuk balik ke bandar Perth.

Naik tren, turun kat Perth Central. Kemudian naik bus ke hostel. Rasanya lebih okey, daripada turun kat stesen pagi tadi. Ini kes malas menapak. Kalau naik bus, kira kurang sikit jalan kaki. Keh keh keh.

Lepas letak barang, kami pun pakat ronda-ronda sekitar hostel. Memandangkan ini malam terakhir kami di sini. Uhuks. Kami lepak kat taman dekat-dekat situ. Posing ambik gambar.

Makin lama makin sejuk. Tak tahan. so kami pun balik ke hostel. Nak prepare untuk dinner. Kami nak masak megi goreng saja.

Malam-malam ramai juga yang buat dinner kat dapur hostel tu. Macam-macam negara ada. So, kami pun pun masak-masak dan clearkan barang-barang mentah yang tak abis lagi. Kami sedekah je kat Natasya (hosmet aku tu) dan juga pada orang Myanmar yang sedang masak bersama-sama masa tu.

Kami dah siap-siap pesan pada receiptionist, untuk teponkan taxi pada jam 1130 malam untuk ke epot sebab flait kami jam 620am.  Kalau tak silap, taxi susah nak dapat kalau jam 2-3 pagi gitu. Jadi kami pun pakat pi awal ke epot. Lepak epot sajalah.

Written by selipar.biasa

April 23, 2010 at 11:40 pm

Posted in Australia, Perth

Day 8 : Cutenya kamu wahai kanggaro

leave a comment »

Beatty Lodge Hostel menyediakan bfast. Sekadar roti sapu jem, coco crunch, susu, air oren. Kira okeylah tu kan? Save bajet untuk bfast.

Lepas bfast, kami bertolak ke  Caversham Wildlife Park. Hostel yang kami menginap ni memang mudah sangat nak ke Cervantes, nak ke Caversham. Jalannya mudah diingati.

Kami sampai jam 9.10 pagi di Caversham Widlife Park. Bayaran masuk aud22 seorang. Kami sampai tu tak ramai orang pun lagi. Sementara tunggu show2 haiwan yang ada antara jam 10.30 am – 11.30 am tu, kami ronda-ronda sekitar situ. Nampaklah kawasan kanggaro. Masa mula-mula masuk kat kandang tu cuak-cuak gaklah. Tapi bila dah lama sikit tu, selesa la sikit. Sehinggalah ada sorang kawan aku tu, kena penampar dengan kanggaro. Haha! Terus trauma dah.

Show pertama tu tengok kambing biri-biri kena mesin bulunya, kemudian ada anjing, pehtu lembu. Show lain pulak ada wombat. Koala tu comel sangat. Tapi ngeri sungguh tengok kuku dia.Takut je kena cekau muka aku yang jelita ni. Haha!

Lepas habis show2 tu, kami melepak di kandang kanggaro lagi. Kasi makan.Geli la kasi makanan guna tangan ni. Last-last aku tabur je kat jalan. Kekkeke.

Sempatlah makan kejap kat taman situ. Kemudian taim ni lah aku dapat sms dari kawan aku di Malaysia. Tanya kabar. Dia kata, ada gempa bumi di Australia. Area Adelaide kalau tak silap. Hehe, ingat juga kawan-kawan kat aku.😉

Kami kemudian ke bandar Perth. Cari jalan ke King’s Park. Oh bestnya park ni. Rumput cantik, pemandangan atas bukit yang boleh nampak bandar Perth. Cantik! Kami sempatlah bukak bekalan kami. Lama gaklah kami melepak kat situ. Siap tidur seminit dua dulu. Hehe!

Lepas lepak kat King’s Park, kami memulakan perjalanan. Pusing2 bandar Perth. Parking kereta, dan jalan kaki ke Swan bell Tower. Kemudian jalan kaki ke London Court. *terkenang waktu2 di London, hehe* dan ronda sekitar situ. Konon nak menonton wayang, tapi takde yang sesuai waktunya.

Tengah dok jalan-jalan tu, terjumpa Insan Cafe. Owner dari Malaysia. Kami pun orderlah nasi goreng kampung, nasi goreng ayam dan nasi goreng ada sate. Rasanya kureng sikitlah. Tapi sebab dah lapar, layan jelah. Hehe.

Jalan-jalan lagi sekitar situ, tengok sebinier. Tapi tak banyak sangat beli sebab simpan duit untuk ke Fremantle hari Jumaat nanti.

Dah penat, kami pun mencari jalan pulang ke hostel.

Day9, tanpa hala tujuan

Pagi-pagi dah keluar dari hostel, nak pi pulangkan kereta sewa. Uhuk, lepas ni dah patah kaki dah. Alhamdulillah, masa pulangkan kereta tu, semua dalam keadaan elok. Takde calar balar atau cacat cela. Jadi kami dapat deposit kami balik.

Lepas je pulangkan kereta, kami tunggu bus untuk ke bandar Perth. Hari ini hari tanpa tujuan. Kami naik bus CAT (yang free tu) dan turun mana-mana tempat yg kami mahu.

Lepak di King’s Park kejap sebab serius tak tahu nak pi mana dah. Hehe. Kemudian naik bus ke bandar Perth balik. Jalan-jalan kat bandar Perth. Pi singgah post office, pehtu naik bus CAT. Ternampak Perth Mint, tempat buat duit syiling dan emas. Sempatlah beli kebab dan makan kat park. Rupanya sebelah park tu, ada park lagi. Queen’s Garden. Ada angsa hitam kat sini yang menjadi trade mark Perth. So, lepak dan baring2 kat park.

Kemudian naik bus CAT lagi. pusing-pusing lagi. Terjumpalah sign board Art Gallery. So kami pun turun situ. Ada national library dan ada art gallery. Kat art gallery tu best sangat. Macam-macam art bentuk art ada. Ada satu tempat tu, bleh lukis gambar sendiri dan letak kat situ. Aku pun lukislah gambar aku yg paling cun dan lekat kat situ. Kui kui kui.

Kemudian kami pun balik ke bandar Perth. Pusing2 kejap kemudian cari jalan balik ke hostel. Hehe, selama ni naik kereta, so dah tahu la jalan balik. Ini kena naik bus or train, so kenalah usaha lagi. Nasib baik aku dah siap2 print map dan direction ke hostel tu.

Berkat usaha bertanya dengan orang ramai dan tanya tourist info, kami menuju ke Perth central. Boleh naik bus dari situ. Pelik gak, sebab kami tak perlu bayar pun. So naik jelah. Dah naik tu, siap tanya lagi kat brader depan kami, betul ke bus ni berhenti kat alamat kami tu. Dia kata, iya.

Dah nak sampai kat bus stop dekat dengan hostel kami tu, brader depan tu bagitau  kami kat situlah kami kena turun. Yey! Orang-orang Perth ni memang baik hati belaka. Kami turun dan jalan sikit je untuk ke hostel kami. Phew!

Lepas dah mandi dan tunai kewajipan, kami keluar hostel. Nak cari makanan untuk dinner. Berjalan jauh gak. Adalah jumpa kedai jual kebab. Dia cakap halal, tapi ada sekali kebab pork. Kau sanggup ke nak makan? Hehe. last-last kami singgah di IGA, dan aku sempatlah beli buah-buahan untuk tahan lapar. Kawan aku borong biskut Tim tam. Hehe.

Kemudian balik hostel dan tido.

Written by selipar.biasa

April 21, 2010 at 11:08 pm

Posted in Australia, Perth

Day 7 : Meluncur atas pasir

leave a comment »

Tidak terlalu rushing hari ini. Pagi ini buat breakfast. Sambil 2 orang kawan aku tu buat bfast, aku duk lepak kat luar hostel tu, borak dengan uncle China dari Penang. Macam-macam storylah. Aku layan jelah. Hehe.

Kemudian lepas bfast, kami pun checkout. Ronda sikit Pekan Cervantes, kemudian pi ikut jalan ke Jurien Bay. Orang kata pantai sini cantik. Tapi tak jumpa pantai, cuma ada masa pelabuhan je tempat orang parking bot-bot. Tanya dengan orang, dan dapat gak singgah sekejap pantai yang membiru.

Lepak kejap saja, kemudian kami meneruskan perjalanan ke Lancelin. Sempat singgah di Emu Down Wind Farm. Ladang yang ada kincir angin. Tapi tak macam di Albany tu, boleh tengok dekat. Ini kawasan berpagar dan tak boleh masuk pun. Ambik gambar dari luar pon kira okeylah kan? Aku kan suka kawasan2 yang country2 gitu. Hehe

Lebih kurang jam 12 tengahari, kami sampai di Pekan Lancelin. Kami singgah di salah satu kedai untuk sewa papan luncur. aud10 untuk tempoh 2 jam. Kami sewa papan untuk luncur secara berdiri dan secara duduk.

Lepas dah sewa tu, kami pun pergi ke tempat nak meluncur. Adoiii bayangkanlah, waktu itu jam 12.30 tengahari, kami berdiri kat padang pasir, dengan terik. Tapi nak meluncur punya pasal, redah je lah.

Tapi serius, walaupun berpanas terik, ini adalah sebuah pengalaman yang sangat best! Menjerit-jerit *reaksi over*. Tapi yang letihnya nak panjat balik bila dah turun tu. Haha! Kalau ada eskalator untuk naik kan best? Haha!

Dah puas main (tak seberapa pun), kami pun beredar pergi. Singgah kejap kat satu taman sebab ada orang tu lapar dan kepala pening-pening. So, kami lunch di situ. Kemudian kami balik ke pekan Lancelin untuk pulangkan balik papan luncur.

Kami meneruskan perjalanan ke bandar Perth. Jam 4pm kami sampai bandar Perth. Kami terus ke Beaty Lodge (tempat kami menginap sebelum ni) untuk check in for 4 days. Mamat receptionist tu comel la. Niel nama dia. Orang Myanmar. Haha! *gedik*

Lepas urusan check in dan letak barang-barang, kami pun keluar. Jalan-jalan ke bandar Perth. Masa ni dah terer sket jalan kat bandar Perth. Sesat-sesat manja je. Kami park kereta (parking free after 6pm) kemudian jalan sekitar Murray Street, Barrack Street. Tengok-tengok sebenier shop. Pehtu ternampak kedai kebab, kami pun singgah makan. Beli 2, makan bertiga dan sempatlah ke cyber cafe kejap. Hilangkan rindu pada intenet. Haha!

Tak lama lepas tu, kami pun balik hostel. Aku duduk bilik katil untuk 5 orang. Tapi masa tu hanya aku dan 2 orang je lagi yang dok situ. Sorang dari New Zealand (Natasya) dan sorang dari China. Sebab dah penat, tak borak mana pun, aku bersihkan diri, tunaikan kewajipan dan tido.

Written by selipar.biasa

April 20, 2010 at 10:26 pm

Posted in Australia, Perth

Perth day 6 : cervantes, i’m in love.

with one comment

Pukul 7 pagik, kami dah siap untuk check out. Bfast jap. Sebab dok kat hotel ni, include sekali dengan bfast. Yang ada, roti bakar dengan beberapa jem, conflakes dan susu, air panas. Kira okeylah untuk mengalas perut.

Lepas bfast, kami mula bertolak. Masa check out sempatlah tanya dengan mamat Itali yang jaga kaunter pagi tu jalan nak ke Cervantes. Kira senang jugalah.

Perjalanan adalah ambik masa 3 jam jugak. Sempat berhenti di rnr yang aman damai. Ada sungai kecil, ada pokok2 di sekitar. Makan fish and chip yang berbaki semalam dan megi. Ihiks.

Sebelum sampai Cervantes, kami singgah di Lancelin dulu. Yang sebenarnya sesatlah. Rupanya kalau nak pi Cervantes tu tak perlu tembus Lancelin pun. Ada satu jalan yang boleh terus je. Tapi sebab tak tahukan, so kami pi la singgah tourist info di Lancelin. Sempatlah juga tanya pasal sandboarding yang kami akan buat esok.😉

Jalan nak ke Cervantes ni, kiri kanan pokok-pokok je. Jalan pun lengang. Kereta boleh kira la berapa yang ada. Sampai satu tahap tu, kami tertanya-tanya, betul ke ini jalan ke Cervantes? Jadi bila ternampak stesen minyak, kami pun berhenti. Dan tanya. Ya, memang jalan kami tu dah betul. Cumanya memang tak ramai orang. Hehe.

Kami sampai di Cervantes Lodge Pinnacles Beach Backpackers lebih kurang jam 12 tengahari. Kami terus check in. Alahai, jatuh cintanya kat sini. Aman dan tenang saja. Ikutkan kami nak join sunset tours pada jam 3.00pm. Tapi nyonya kaunter (bukanlah nyonya pun, cuma minah saleh dah tua yang suka-suka hati kami panggil nyonya. kekek) kata, kalau nak pergi sendiri pun boleh. Kalau ikut tours kena bayar Aud55. Tapi kalau pergi sendiri just bayar duit sebijik kereta Aud11 saja. So, kami sepakat nak drive sendiri je.

Lepas check in, kami sempatlah basuh baju. Ihiks, stok baju dah nak abis. Aku dok bilik 4 katil. Tapi tinggal berdua je dengan awek Israel. Hehe! Excited gila awek Israel tu bila dapat tahu aku dari Malaysia. Ada apa-apa ke?

Setel basuh baju, kami pun pi keluar cari kedai untuk beli bahan masak. Makan tengahari tu simple je. Telor dadar, kari dari paket Brahims, kobis goreng. Kenyang perot.

Dah setel makan, sementara nak tunggu jam 3 lebih untuk ke pinnacles desert, kami just lepak-lepak je kat situ. Memandangkan yang ada masa tu kami bertiga je, so jadi macam raja lah. Ada satu biji pc berinternet. So, sambil layan internet, sambil transfer gambar. Boleh lepak-lepak gak kat sofa tengok tv.

Lebih kurang jam 3.30 petang, kami keluar. Menuju ke Pinnacles dessert. Tempat busut-busut dari pasir. Kalau kat Malaysia, ada ke kita nak layan benda ni? Hehe. Tapi tempatnya memang best.

Dari hostel ke Pinnacles dessert tu adalah dalam 45 minutes gitulah.  Padang pasir yang ada busut-busut. Nak masuk tu kena bayar aud11 untuk sebuah kereta. Memang untung sangatlah daripada kena bayar aud55 sorang. Hehe.

Lepak-lepak situ. Posing lebih kurang. Errr lebih kurang ke? Rasanya beratus-ratus keping gambar kami dok pulun situ. Kui kui kui. Lepas dah puas tu, kami pun bertolak balik. Sempat singgah kat dua signboard, kangaro dan emu kot? Tak sure. Kereta boleh kira la berapa kerat je yang ada.

Balik hostel, prepare untuk dinner. Ada satu group dalam 19 orang check in dan dinner lasagna kat situ. Dah siap masak memasak, kami angkut semua makanan dan dinner kat luar hostel. Dengan angin sejuk amat tu, kami makan dan minum teh o panas. Nikmat. Hehe.

Sedang cuci pinggan mangkuk, ada satu famili cina ni tegur. Rupanya dia orang Malaysia. Dari Penang. Hehe. Borak-borak kejap.

Lepas dinner, relaks2. Layan internet seminit dua. Oh ya, internet kat australia ni macam mahal la jugak. aud2 untuk 15 minit. Tapi layanss je la. Dah malam-malam takde nak buat apa sangat.

Dalam jam 9 malam dah tido. zzzz

Written by selipar.biasa

April 19, 2010 at 10:51 pm

Perth day 5 : Menuju ke city

with one comment

18hb April 2010 (Ahad)

Bangun pagi, buat morning walk sekitar farm sambil layan sunrise. Memang mabeles. Dengan udara yang segar, dikelilingi pokok-pokok dan pemandangan yang cantik. Layansss! Binatang takde plak pagi-pagi ni, semua tido lagi agaknya.

Oleh kerana kami nak singgah di cokelat factory dan chesse factory pagi ini (yang dikatakan bukak pada jam 10.00 pagi), so kami bertolak lambat sikit. Kalau tak selalunya jam 8 pagi dah memulakan perjalanan dah.

Lepas check out, kami ke chesse factory yang semalam tu dah tutup. Takde apa yang menarik pun. Saja testing chesse yang ada. Kemudian ke cokelat factory. Walla! Banyak gila cokelat dan bermacam2 jenis dan bentuk. Oleh kerana aku bukan penggemar cokelat, maka aku hanya memandang sajalah apa yang ada.

Setel tu, kami terus bertolak ke Perth City. Sebab tak rushing pun, so kami drive rilek-rilek saja. Sepanjang perjalanan tu sempatlah singgah di area Bunbury. Tiada apa yang menarik pun di sini, sekadar pusing-pusing je dan tengok pemandangan dari atas bukit. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Busselton. Tapi boleh terlupa plak perlu singgah di sini untuk ke Jeti Busselton yang panjang tu.

Kami singgah di Pekan Mandurah. Ada macam laut (kot?) kat tengah-tengah pekan. Ramai orang lepak-lepak kat tepi laut (kot?) tu. Kami parking kereta dan menuju ke sebuah kedai sebinier. Emm, harga mahal sikit dari kat Margaret River. Tapi okeylah. Ada benda2 yang takde kat Margaret River tapi ada kat situ. So, beli sikit-sikit barang sebinier.

Lepas pusing-pusing sikit kat situ, kami pun meneruskan perjalanan. Ada nampak satu signboard pi ke tasik. Tak ingat apa nama tasiknya. Kami pun belok la ke jalan tu. Tapi tak jumpa pulak tasik. Terjumpa satu tempat yang rasanya dorang buat flea market. Siap ada band nyanyi2 lagi. Kami lalu je kat situ. Kemudian patah balik dan meneruskan perjalanan.

Oleh kerana masih awal lagi waktu kami sampai dekat-dekat area Perth City, dan kami ternampak signboard ke Fremantle, so kami pon belokkan kereta ikut jalan ke Fremantle.  Kami diberitahu yang E-shed Market di Fremantle ni hanya buka pada hari Jumaat hingga Ahad saja. Kami sebenarnya plan nak ke Fremantle masa hari Jumaat, sebelum hari balik tu. Tapi dah ada kesempatan ni, kami pun pergi la.

Masuk je kat E-shed Market tu, terus ternampak kedai Aussin. Kedai ni mmg popularlah untuk sapa-sapa yang join Forum X. Semua orang suggest kat kedai tu. Kami ronda-ronda dulu sekitar market tu.  Belek-belek rega. Rasanya kedai Aussin tu yang paling okey. Lagipun owner dia dari Indonesia yang dah bertahun-tahun tinggal kat Australia.

Kami sempatlah beli barang-barang sebinier sikit. Buat lepaskan gian. Mmg sebinier kat sini murah-murahlah. Boleh tawar-tawarlah dengan ibu kedai tu. ekkekek.

Dorang nak tutup kedai jam 5pm. Kami pun beredarlah dari situ, cari jalan ke restoran Cicerellos Fish and Chip. Makan kat situ.Beli sorang satu sebab kes tamak punya pasal. Haha! Last-last tak abis pun sebab banyak sangat. Tapau dan bawak balik. Makan kat restoran tu sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sebab betul-betul kat jeti kapal. Menikmati pemandangan, burung-burung berterbangan, kapal-kapal berlabuh.

Oh ya, masa order tu, pi kat kaunter. Kemudian kami diberikan satu alat. Kami duduk kat seat. Nanti, bila makanan dah siap, akan kuar suara kat alat yang dorang bagi tu. Takdelah kena berdiri lama kat kaunter. Hehe.

Lepas makan, kami pun beredar. Masa tu dah jam 6 petang. Suasana pun dah nak gelap dah. Kami nak meneruskan perjalanan ke Bandar Perth. Kali ni agak mencabar sebab kami hanya berpandukan map saja dan signboard. Jalan pula banyak kereta. Berpusing-pusing juga lah jalan nak ke jalan hotel kami tu. Sekeliling dah gelap. Plan asalnya kami nak sampai di Perth tu before gelap, tapi dah sebab pi shopping kan, so pasrah je la.

Tapi syukurlah. Kami akhirnya dapat gak jumpa jalan ke hotel kami. Phew!

Kami tinggal di Beatty Lodge. Dok bilik kongsi 6 orang ikut jantina.😉

Lepas check in, mandi segala. Terus tido.

Written by selipar.biasa

April 18, 2010 at 12:06 pm

Posted in Australia, Perth

Perth day 3 & day 4 : William Bay yang syok, Pemberton yang sunyi

with 2 comments

16 April 2010

Kol 7.30 dah bersiap-siap kemas barang dan bfast. Roti dan scrambled egg dan sambal ikan bilis. Lepas bfast, kami checkout. Pusing-pusing Pekan Albany yang tenang dan nyaman tu. Kemudian ke Windmill Farm yang kami terjumpa secara tak sengaja petang semalam. Memang best dan nyaman lepak situ. Panjat bukit dan tengok pemandangan windmill tu. Dengan pokok-pokok, laut, langit biru.

Lepak kejap je kat situ, pehtu bertolak ke Denmark ikut scenic route. Jumpa satu kawasan pokok2 autumn yang cantik, ladang-ladang yang menghijau, lembu hitam putih yang comel. Mana nampak sign board tempat yang best, kami redah masuk je. Hehe.

Lebih kurang jam 10.45 pagi, kami sampai di pekan Denmark. Kecik je pekannya. Nampak tourist info, terus pi sana. Yang bagusnya kat sini, walaupun pekan kecik pun, still ada gak pejabat tourism yang sangat-sangat helpful.  Kami pusing-pusing sekitar pekan Denmark. Singgah ladang anggur dan ladang chesse. Dah puas pusing-pusing tu kami terus ke William Bay (pantai dengan batu-batu besar). Ada Elephnant Rock dan Green Pool

Kami lunch di William Bay. Waktu tu betui-betui jam 12.30 tengahari tapi masih rasa sejuk-sejuk lagi. Berbumbungkan langit biru, beralaskan batu-batu besar dan di hadapan kami laut biru yang cantik.  Makan nasi himpit, ayam merah Brahims, telur rebus dan sardin. Pergh! Nikmat tak terhingga. Hehe! Lepak-lepak situ dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Bolehlah kalau nak layan mata. Ihiks.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Valley of  The Giant (tempat pokok2 besar dan ada jambatan gantung sekali). Sempat singgah kat ladang lebah dan rasa madu. Sepanjang perjalanan ke Valley of The Giant tu, humang aihhh pokok2nya besar dan tinggi2 belaka. Rasa macam orang kerdil pulak. Tiket masuk aud10. Ada Tree Top Walk (jambatan gantung yang kukuh la. Takde goyang-goyang). Jalan kat jambatan gantung tu, paling tinggi akan berada di paras 40 meter dari bawah. Aku ni dahlah gayat pada ketinggian tapi pura-pura beranilah. Haha!

Settle je kat situ, kami meneruskan perjalanan ke pekan Pemberton. Sempat singgah kat kawasan rehat untuk makan megi. Ihiks.

Sampai Pemberton lebih kurang jam 5.30 petang. Check in kat YHA Hostel Backpacker. Oleh kerana terdapat kesilapan booking kat belah pihak dorang, maka kami telah diberikan sebuah one bed cottages. Wau best tu. Kat ruang tamu ada 1 bunk bed, kat bilik 1 queen bed. Siap ada dapor, tv, meja makan.

Oleh kerana IGA Supermarket akan tutup jam 7.00 malam, lepas je check in, kami terus berkejar ke IGA untuk beli bahan2 untuk masak. Dah setel pembelian, kami balik cottage dan prepare untuk dinner.

Dinner malam itu adalah buncis goreng, fish fillet dan telur dadar. Yummy! Lepas dinner, dalam jam 7.50 malam, kami keluar. Nak pusing-pusing pekan Pemberton. Sekali tu sunyi sepi gila kat luar tu. Semua kedai tutup tapi adalah dua tiga kedai makan yang bukak. Kenderaan pun takde kat atas jalan raya. Wau! Betui-betui macam pekan berhantu. Kekekek.

Oleh kerana takde apa yang menarik malam2 tu, kami pun balik cottage. Main intenet jap kemudian tido. Kami pusing-pusing pekan Pemberton yang kecik tu. Tah berapa orang je penduduk kat situ agaknya. Kereta pun tak banyak kat situ. Siap boleh posing-posing lagi kat tengah jalan raya. Hehe!

17 April 2010

Gila kesejukan tido di Pemberton ni. Kaki aku sampai kejang-kejang (ada orang kata tersimpul biawak ke apa tu). Dalam jam 7. 30 pagi, aku keluar cottage. Morning walk kononnya. Sekitar-sekitar cottage tu je.  Lepas tu bfast dan packing barang untuk check out.

Lepas check out, kami ke tourist info untuk tanya apa yang menarik dan jalan nak ke Augusta/ Margaret River. Ekceli, banyak gak tempat menarik di Pemberton ni. Nak panjat pokok tinggi ke, sandboarding ke dan pi ladang-ladang lain.

Kami meneruskan perjalanan nak ke Augusta. Terjumpa satu resort dalam hutan. cantik. Siap ada Kanggaro lagi depan resort tu. Biar macam tu je. Jakun kejap. Hehe!Kami lalu ikut jalan ke beberapa taman negara. Jalan pun jalan tanah merah. Kiri kanan pokok2 je. Tapi cantiklah. Adalah dekat sejam ikut jalan tu. Kalau ikut jalan raya bertar tu mungkin sekejap kot.

Kami sampai kat Augusta dalam lebih kurang jam 11.30 pagi. Terus ke Cape Leeuwin. Ada pertembungan dua ocean. Indian ocean dan southern ocean. Ada juga rumah api.  Sangat best dan cantiklah tempat ni. Lepak-lepak situ. Nak masuk ke rumah api tu kena bayar. Tapi kami tak masuk pun. Lepak kat sekitar situ je.

Dah puas melepak, kami pun patah balik ke pekan Augusta tu, dan lepak kat jeti ke tasik kat situ. Adalah bot2 yang boleh naik. Hehe. So lunch kat situ. Lepas lunch kami meneruskan perjalanan ke Margaret River. Ambil masa dalam 45-50 minit sahaja.

Kami check in dulu kat Taunton farm Holiday park. Cottage kat ladang. Lepas check in, kami terus ke pekan Margaret River. Adalah dalam 15-20 minit perjalan dari farm kami. Pusing-pusing tengok sourvinier, singgh IGA untuk beli bahan-bahan untuk masak dinner. Terjumpa satu kedai kebab, so makan kat situ. Sedaplah.

Balik tu, kami sempat singgah kat kilang chesse tapi dah tutup daaa. Masa tu jam 5 petang. Singgah kat kilang anggur pun dah tutup. Posing je lah kat pokok anggur yang dah dipetik buah-buahnya. Kekeke.

Sampai kat farm jam 5.15 pm. Tanya dengan orang farm tu, kat mana nak tengok binatang2 semua. Orang farm kata dalam jam 5.30 pm ada sesi bagi makan kat binatang dekat-dekat situ je. So, lepas letak barang2 kat cottage, kami pun pergi la kat sekitar farm tu. Tengok-tengok cuma ada 13 ekor binatang je. Adalah kuda seekor, lembu 2-3 ekor, keldai, kambing biri-biri. Hahahah! Kira okeylah tu kan? kan?

Lepak-lepak kat situ, layanlah budak2 mat saleh yang ada. Hehe. Dah puas bercanda-canda tu, balik cottage dan prepare untuk dinner pulak.

Malam tu dinner adalah butter prawn,  kobis masak air,  sardin, kentang goreng dengan bawang dan cili dan buah anggur.  Sedap gila. Tetiba jadi pulak butter prawn kat sini. Haritu masa buat kat Malaysia tak jadik pun. Hahah!

Dah kenyang, mandi-mandi dan lepak je kat katil. Oh ya, kami duduk kat one bedroom cottage. So kat bilik tu ada 1 queen bed, kat luar ada 1 bunk bed dan satu katil single. Kalau pergi situ, untuk 5 atau  6 orang memang ok sangat-sangat. Satu malam adalah aud145.

Tiba-tiba malam tu, kami baru tersedar yang kami telah membelanjakan banyak duit untuk beli makanan mewah-mewah. Masak macam kat Malaysia saja. Dua tiga lauk. Poyo gila. Tak macam backpacker langsung. Haha! So telah menetapkan no more IGA! Lepas ni kena habiskan makanan yang kami bawak penat-penat dari Malaysia tu. Stok megi pun banyak lagi. hahaha!

Pukul 8 lebih sudah tido. Best sungguh.

Written by selipar.biasa

April 16, 2010 at 12:04 pm

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.