melihat dunia ✿✿✿

Day 11 : time to say goodbye

leave a comment »

Kejap saja masa berlalu kan? Rasanya macam baru je sampai Perth, tup-tup dah sampai masa nak balik dah. Uhuks.

Kami sampai di epot Perth dalam lebih kurang jam 12.30 malam. Nak check in, kaunter tak bukak lagi, jadi kami cari port yang okey sikit untuk melepak. Ramai je orang yang ada kat epot tu, so takde lah risau tak selamat ke apa. Yang bagusnya kat epot Perth ni, ada sediakan beberapa pc berinternet. Jadi, untuk membuang masa yang ada, kami pun berinternetlah.Sempatlah beli bagasi tambahan kat Airasia.com setelah ditimbang-timbang melebihi kilo. Kui kui kui

Dah jemu berinternet, aku pusing-pusing sekitar epot tu. Bekal yang kami bawa (megi goreng yang kononnya nak makan kat epot) tak berusik pun. Keadaan yang sejuk sangat, tak tertahan dengan aircond sejuk tu. Aku lepak kat dalam prayer room. Ada kerusi kat situ. Nasib baik dalam bilik tu tak berapa sejuk. So tido kat situ. Sedar-sedar dah jam 5am. Ha, kelam kabut kejut kawan yg lain.Terus ke kaunter check in. Mak oii dah panjang sangat dah. Ampes betuilah kami ni, datang paling awal, tapi bila nak check in, paling last plak.

Lepas check in, kami terus berjalan laju ke boarding area. Kena beratur kat kastam plak. Kemudian kat imigresen. Everything okey, tapi one of my friend ada sangkut plak masa scan2 beg tu. Masa tu memang dah waktu-waktu terdesak dah. Lebih kurang jam 6 lebih gak.  Kami terus berlari ke depan flait, bagitahu kat pramugari tu ada sorang kawan kami masih sangkut.  Kami tunggu kat situ. Tak lama lepas tu, kami nampak bayang dia. Pheww lega. Rupanya dalam beg dia ada key chain yang besi2 tu. Tu yang dok sangkut tu. Hehe.

Perjalanan dari Perth ke Kuala Lumpur berjalan dengan okey. Beli makanan sebab tetiba perut rasa lapar. Aku yang bawak aud800 tu, adalah tinggal baki aud35. Hehe. Okeylah tu kan, daripada kawan-kawan aku yang bawak aud1000 tapi takde baki langsung. Ngeh ngeh ngeh.

Rindu la dengan perth. Ini adalah antara trip yang sangat fun dan best. Belum pn keluar dari bumi Perth, dah pasang niat nak datang kembali. Walaupun kena drive jauh dan berjam-jam, tapi tenang dan enjoy. Dan walaupun ada beberapa krisis dalaman (adatlah kan?) tapi keseluruhannya adalah sangat superb!

Perth, tunggu aku datang lagi!

Advertisements

Written by selipar.biasa

April 24, 2010 at 10:48 am

Posted in Australia, Perth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: