melihat dunia ✿✿✿

Day 8 : Cutenya kamu wahai kanggaro

leave a comment »

Beatty Lodge Hostel menyediakan bfast. Sekadar roti sapu jem, coco crunch, susu, air oren. Kira okeylah tu kan? Save bajet untuk bfast.

Lepas bfast, kami bertolak ke  Caversham Wildlife Park. Hostel yang kami menginap ni memang mudah sangat nak ke Cervantes, nak ke Caversham. Jalannya mudah diingati.

Kami sampai jam 9.10 pagi di Caversham Widlife Park. Bayaran masuk aud22 seorang. Kami sampai tu tak ramai orang pun lagi. Sementara tunggu show2 haiwan yang ada antara jam 10.30 am – 11.30 am tu, kami ronda-ronda sekitar situ. Nampaklah kawasan kanggaro. Masa mula-mula masuk kat kandang tu cuak-cuak gaklah. Tapi bila dah lama sikit tu, selesa la sikit. Sehinggalah ada sorang kawan aku tu, kena penampar dengan kanggaro. Haha! Terus trauma dah.

Show pertama tu tengok kambing biri-biri kena mesin bulunya, kemudian ada anjing, pehtu lembu. Show lain pulak ada wombat. Koala tu comel sangat. Tapi ngeri sungguh tengok kuku dia.Takut je kena cekau muka aku yang jelita ni. Haha!

Lepas habis show2 tu, kami melepak di kandang kanggaro lagi. Kasi makan.Geli la kasi makanan guna tangan ni. Last-last aku tabur je kat jalan. Kekkeke.

Sempatlah makan kejap kat taman situ. Kemudian taim ni lah aku dapat sms dari kawan aku di Malaysia. Tanya kabar. Dia kata, ada gempa bumi di Australia. Area Adelaide kalau tak silap. Hehe, ingat juga kawan-kawan kat aku. 😉

Kami kemudian ke bandar Perth. Cari jalan ke King’s Park. Oh bestnya park ni. Rumput cantik, pemandangan atas bukit yang boleh nampak bandar Perth. Cantik! Kami sempatlah bukak bekalan kami. Lama gaklah kami melepak kat situ. Siap tidur seminit dua dulu. Hehe!

Lepas lepak kat King’s Park, kami memulakan perjalanan. Pusing2 bandar Perth. Parking kereta, dan jalan kaki ke Swan bell Tower. Kemudian jalan kaki ke London Court. *terkenang waktu2 di London, hehe* dan ronda sekitar situ. Konon nak menonton wayang, tapi takde yang sesuai waktunya.

Tengah dok jalan-jalan tu, terjumpa Insan Cafe. Owner dari Malaysia. Kami pun orderlah nasi goreng kampung, nasi goreng ayam dan nasi goreng ada sate. Rasanya kureng sikitlah. Tapi sebab dah lapar, layan jelah. Hehe.

Jalan-jalan lagi sekitar situ, tengok sebinier. Tapi tak banyak sangat beli sebab simpan duit untuk ke Fremantle hari Jumaat nanti.

Dah penat, kami pun mencari jalan pulang ke hostel.

Day9, tanpa hala tujuan

Pagi-pagi dah keluar dari hostel, nak pi pulangkan kereta sewa. Uhuk, lepas ni dah patah kaki dah. Alhamdulillah, masa pulangkan kereta tu, semua dalam keadaan elok. Takde calar balar atau cacat cela. Jadi kami dapat deposit kami balik.

Lepas je pulangkan kereta, kami tunggu bus untuk ke bandar Perth. Hari ini hari tanpa tujuan. Kami naik bus CAT (yang free tu) dan turun mana-mana tempat yg kami mahu.

Lepak di King’s Park kejap sebab serius tak tahu nak pi mana dah. Hehe. Kemudian naik bus ke bandar Perth balik. Jalan-jalan kat bandar Perth. Pi singgah post office, pehtu naik bus CAT. Ternampak Perth Mint, tempat buat duit syiling dan emas. Sempatlah beli kebab dan makan kat park. Rupanya sebelah park tu, ada park lagi. Queen’s Garden. Ada angsa hitam kat sini yang menjadi trade mark Perth. So, lepak dan baring2 kat park.

Kemudian naik bus CAT lagi. pusing-pusing lagi. Terjumpalah sign board Art Gallery. So kami pun turun situ. Ada national library dan ada art gallery. Kat art gallery tu best sangat. Macam-macam art bentuk art ada. Ada satu tempat tu, bleh lukis gambar sendiri dan letak kat situ. Aku pun lukislah gambar aku yg paling cun dan lekat kat situ. Kui kui kui.

Kemudian kami pun balik ke bandar Perth. Pusing2 kejap kemudian cari jalan balik ke hostel. Hehe, selama ni naik kereta, so dah tahu la jalan balik. Ini kena naik bus or train, so kenalah usaha lagi. Nasib baik aku dah siap2 print map dan direction ke hostel tu.

Berkat usaha bertanya dengan orang ramai dan tanya tourist info, kami menuju ke Perth central. Boleh naik bus dari situ. Pelik gak, sebab kami tak perlu bayar pun. So naik jelah. Dah naik tu, siap tanya lagi kat brader depan kami, betul ke bus ni berhenti kat alamat kami tu. Dia kata, iya.

Dah nak sampai kat bus stop dekat dengan hostel kami tu, brader depan tu bagitau  kami kat situlah kami kena turun. Yey! Orang-orang Perth ni memang baik hati belaka. Kami turun dan jalan sikit je untuk ke hostel kami. Phew!

Lepas dah mandi dan tunai kewajipan, kami keluar hostel. Nak cari makanan untuk dinner. Berjalan jauh gak. Adalah jumpa kedai jual kebab. Dia cakap halal, tapi ada sekali kebab pork. Kau sanggup ke nak makan? Hehe. last-last kami singgah di IGA, dan aku sempatlah beli buah-buahan untuk tahan lapar. Kawan aku borong biskut Tim tam. Hehe.

Kemudian balik hostel dan tido.

Advertisements

Written by selipar.biasa

April 21, 2010 at 11:08 pm

Posted in Australia, Perth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: