melihat dunia ✿✿✿

Day 7 : Meluncur atas pasir

leave a comment »

Tidak terlalu rushing hari ini. Pagi ini buat breakfast. Sambil 2 orang kawan aku tu buat bfast, aku duk lepak kat luar hostel tu, borak dengan uncle China dari Penang. Macam-macam storylah. Aku layan jelah. Hehe.

Kemudian lepas bfast, kami pun checkout. Ronda sikit Pekan Cervantes, kemudian pi ikut jalan ke Jurien Bay. Orang kata pantai sini cantik. Tapi tak jumpa pantai, cuma ada masa pelabuhan je tempat orang parking bot-bot. Tanya dengan orang, dan dapat gak singgah sekejap pantai yang membiru.

Lepak kejap saja, kemudian kami meneruskan perjalanan ke Lancelin. Sempat singgah di Emu Down Wind Farm. Ladang yang ada kincir angin. Tapi tak macam di Albany tu, boleh tengok dekat. Ini kawasan berpagar dan tak boleh masuk pun. Ambik gambar dari luar pon kira okeylah kan? Aku kan suka kawasan2 yang country2 gitu. Hehe

Lebih kurang jam 12 tengahari, kami sampai di Pekan Lancelin. Kami singgah di salah satu kedai untuk sewa papan luncur. aud10 untuk tempoh 2 jam. Kami sewa papan untuk luncur secara berdiri dan secara duduk.

Lepas dah sewa tu, kami pun pergi ke tempat nak meluncur. Adoiii bayangkanlah, waktu itu jam 12.30 tengahari, kami berdiri kat padang pasir, dengan terik. Tapi nak meluncur punya pasal, redah je lah.

Tapi serius, walaupun berpanas terik, ini adalah sebuah pengalaman yang sangat best! Menjerit-jerit *reaksi over*. Tapi yang letihnya nak panjat balik bila dah turun tu. Haha! Kalau ada eskalator untuk naik kan best? Haha!

Dah puas main (tak seberapa pun), kami pun beredar pergi. Singgah kejap kat satu taman sebab ada orang tu lapar dan kepala pening-pening. So, kami lunch di situ. Kemudian kami balik ke pekan Lancelin untuk pulangkan balik papan luncur.

Kami meneruskan perjalanan ke bandar Perth. Jam 4pm kami sampai bandar Perth. Kami terus ke Beaty Lodge (tempat kami menginap sebelum ni) untuk check in for 4 days. Mamat receptionist tu comel la. Niel nama dia. Orang Myanmar. Haha! *gedik*

Lepas urusan check in dan letak barang-barang, kami pun keluar. Jalan-jalan ke bandar Perth. Masa ni dah terer sket jalan kat bandar Perth. Sesat-sesat manja je. Kami park kereta (parking free after 6pm) kemudian jalan sekitar Murray Street, Barrack Street. Tengok-tengok sebenier shop. Pehtu ternampak kedai kebab, kami pun singgah makan. Beli 2, makan bertiga dan sempatlah ke cyber cafe kejap. Hilangkan rindu pada intenet. Haha!

Tak lama lepas tu, kami pun balik hostel. Aku duduk bilik katil untuk 5 orang. Tapi masa tu hanya aku dan 2 orang je lagi yang dok situ. Sorang dari New Zealand (Natasya) dan sorang dari China. Sebab dah penat, tak borak mana pun, aku bersihkan diri, tunaikan kewajipan dan tido.

Advertisements

Written by selipar.biasa

April 20, 2010 at 10:26 pm

Posted in Australia, Perth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: