melihat dunia ✿✿✿

Perth day 6 : cervantes, i’m in love.

with one comment

Pukul 7 pagik, kami dah siap untuk check out. Bfast jap. Sebab dok kat hotel ni, include sekali dengan bfast. Yang ada, roti bakar dengan beberapa jem, conflakes dan susu, air panas. Kira okeylah untuk mengalas perut.

Lepas bfast, kami mula bertolak. Masa check out sempatlah tanya dengan mamat Itali yang jaga kaunter pagi tu jalan nak ke Cervantes. Kira senang jugalah.

Perjalanan adalah ambik masa 3 jam jugak. Sempat berhenti di rnr yang aman damai. Ada sungai kecil, ada pokok2 di sekitar. Makan fish and chip yang berbaki semalam dan megi. Ihiks.

Sebelum sampai Cervantes, kami singgah di Lancelin dulu. Yang sebenarnya sesatlah. Rupanya kalau nak pi Cervantes tu tak perlu tembus Lancelin pun. Ada satu jalan yang boleh terus je. Tapi sebab tak tahukan, so kami pi la singgah tourist info di Lancelin. Sempatlah juga tanya pasal sandboarding yang kami akan buat esok. 😉

Jalan nak ke Cervantes ni, kiri kanan pokok-pokok je. Jalan pun lengang. Kereta boleh kira la berapa yang ada. Sampai satu tahap tu, kami tertanya-tanya, betul ke ini jalan ke Cervantes? Jadi bila ternampak stesen minyak, kami pun berhenti. Dan tanya. Ya, memang jalan kami tu dah betul. Cumanya memang tak ramai orang. Hehe.

Kami sampai di Cervantes Lodge Pinnacles Beach Backpackers lebih kurang jam 12 tengahari. Kami terus check in. Alahai, jatuh cintanya kat sini. Aman dan tenang saja. Ikutkan kami nak join sunset tours pada jam 3.00pm. Tapi nyonya kaunter (bukanlah nyonya pun, cuma minah saleh dah tua yang suka-suka hati kami panggil nyonya. kekek) kata, kalau nak pergi sendiri pun boleh. Kalau ikut tours kena bayar Aud55. Tapi kalau pergi sendiri just bayar duit sebijik kereta Aud11 saja. So, kami sepakat nak drive sendiri je.

Lepas check in, kami sempatlah basuh baju. Ihiks, stok baju dah nak abis. Aku dok bilik 4 katil. Tapi tinggal berdua je dengan awek Israel. Hehe! Excited gila awek Israel tu bila dapat tahu aku dari Malaysia. Ada apa-apa ke?

Setel basuh baju, kami pun pi keluar cari kedai untuk beli bahan masak. Makan tengahari tu simple je. Telor dadar, kari dari paket Brahims, kobis goreng. Kenyang perot.

Dah setel makan, sementara nak tunggu jam 3 lebih untuk ke pinnacles desert, kami just lepak-lepak je kat situ. Memandangkan yang ada masa tu kami bertiga je, so jadi macam raja lah. Ada satu biji pc berinternet. So, sambil layan internet, sambil transfer gambar. Boleh lepak-lepak gak kat sofa tengok tv.

Lebih kurang jam 3.30 petang, kami keluar. Menuju ke Pinnacles dessert. Tempat busut-busut dari pasir. Kalau kat Malaysia, ada ke kita nak layan benda ni? Hehe. Tapi tempatnya memang best.

Dari hostel ke Pinnacles dessert tu adalah dalam 45 minutes gitulah.  Padang pasir yang ada busut-busut. Nak masuk tu kena bayar aud11 untuk sebuah kereta. Memang untung sangatlah daripada kena bayar aud55 sorang. Hehe.

Lepak-lepak situ. Posing lebih kurang. Errr lebih kurang ke? Rasanya beratus-ratus keping gambar kami dok pulun situ. Kui kui kui. Lepas dah puas tu, kami pun bertolak balik. Sempat singgah kat dua signboard, kangaro dan emu kot? Tak sure. Kereta boleh kira la berapa kerat je yang ada.

Balik hostel, prepare untuk dinner. Ada satu group dalam 19 orang check in dan dinner lasagna kat situ. Dah siap masak memasak, kami angkut semua makanan dan dinner kat luar hostel. Dengan angin sejuk amat tu, kami makan dan minum teh o panas. Nikmat. Hehe.

Sedang cuci pinggan mangkuk, ada satu famili cina ni tegur. Rupanya dia orang Malaysia. Dari Penang. Hehe. Borak-borak kejap.

Lepas dinner, relaks2. Layan internet seminit dua. Oh ya, internet kat australia ni macam mahal la jugak. aud2 untuk 15 minit. Tapi layanss je la. Dah malam-malam takde nak buat apa sangat.

Dalam jam 9 malam dah tido. zzzz

Advertisements

Written by selipar.biasa

April 19, 2010 at 10:51 pm

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. ieee.. seronoknya. one day i nak pegi jugala. 🙂

    amyz

    May 24, 2010 at 10:23 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: