melihat dunia ✿✿✿

Perth day 5 : Menuju ke city

with one comment

18hb April 2010 (Ahad)

Bangun pagi, buat morning walk sekitar farm sambil layan sunrise. Memang mabeles. Dengan udara yang segar, dikelilingi pokok-pokok dan pemandangan yang cantik. Layansss! Binatang takde plak pagi-pagi ni, semua tido lagi agaknya.

Oleh kerana kami nak singgah di cokelat factory dan chesse factory pagi ini (yang dikatakan bukak pada jam 10.00 pagi), so kami bertolak lambat sikit. Kalau tak selalunya jam 8 pagi dah memulakan perjalanan dah.

Lepas check out, kami ke chesse factory yang semalam tu dah tutup. Takde apa yang menarik pun. Saja testing chesse yang ada. Kemudian ke cokelat factory. Walla! Banyak gila cokelat dan bermacam2 jenis dan bentuk. Oleh kerana aku bukan penggemar cokelat, maka aku hanya memandang sajalah apa yang ada.

Setel tu, kami terus bertolak ke Perth City. Sebab tak rushing pun, so kami drive rilek-rilek saja. Sepanjang perjalanan tu sempatlah singgah di area Bunbury. Tiada apa yang menarik pun di sini, sekadar pusing-pusing je dan tengok pemandangan dari atas bukit. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Busselton. Tapi boleh terlupa plak perlu singgah di sini untuk ke Jeti Busselton yang panjang tu.

Kami singgah di Pekan Mandurah. Ada macam laut (kot?) kat tengah-tengah pekan. Ramai orang lepak-lepak kat tepi laut (kot?) tu. Kami parking kereta dan menuju ke sebuah kedai sebinier. Emm, harga mahal sikit dari kat Margaret River. Tapi okeylah. Ada benda2 yang takde kat Margaret River tapi ada kat situ. So, beli sikit-sikit barang sebinier.

Lepas pusing-pusing sikit kat situ, kami pun meneruskan perjalanan. Ada nampak satu signboard pi ke tasik. Tak ingat apa nama tasiknya. Kami pun belok la ke jalan tu. Tapi tak jumpa pulak tasik. Terjumpa satu tempat yang rasanya dorang buat flea market. Siap ada band nyanyi2 lagi. Kami lalu je kat situ. Kemudian patah balik dan meneruskan perjalanan.

Oleh kerana masih awal lagi waktu kami sampai dekat-dekat area Perth City, dan kami ternampak signboard ke Fremantle, so kami pon belokkan kereta ikut jalan ke Fremantle.  Kami diberitahu yang E-shed Market di Fremantle ni hanya buka pada hari Jumaat hingga Ahad saja. Kami sebenarnya plan nak ke Fremantle masa hari Jumaat, sebelum hari balik tu. Tapi dah ada kesempatan ni, kami pun pergi la.

Masuk je kat E-shed Market tu, terus ternampak kedai Aussin. Kedai ni mmg popularlah untuk sapa-sapa yang join Forum X. Semua orang suggest kat kedai tu. Kami ronda-ronda dulu sekitar market tu.  Belek-belek rega. Rasanya kedai Aussin tu yang paling okey. Lagipun owner dia dari Indonesia yang dah bertahun-tahun tinggal kat Australia.

Kami sempatlah beli barang-barang sebinier sikit. Buat lepaskan gian. Mmg sebinier kat sini murah-murahlah. Boleh tawar-tawarlah dengan ibu kedai tu. ekkekek.

Dorang nak tutup kedai jam 5pm. Kami pun beredarlah dari situ, cari jalan ke restoran Cicerellos Fish and Chip. Makan kat situ.Beli sorang satu sebab kes tamak punya pasal. Haha! Last-last tak abis pun sebab banyak sangat. Tapau dan bawak balik. Makan kat restoran tu sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sebab betul-betul kat jeti kapal. Menikmati pemandangan, burung-burung berterbangan, kapal-kapal berlabuh.

Oh ya, masa order tu, pi kat kaunter. Kemudian kami diberikan satu alat. Kami duduk kat seat. Nanti, bila makanan dah siap, akan kuar suara kat alat yang dorang bagi tu. Takdelah kena berdiri lama kat kaunter. Hehe.

Lepas makan, kami pun beredar. Masa tu dah jam 6 petang. Suasana pun dah nak gelap dah. Kami nak meneruskan perjalanan ke Bandar Perth. Kali ni agak mencabar sebab kami hanya berpandukan map saja dan signboard. Jalan pula banyak kereta. Berpusing-pusing juga lah jalan nak ke jalan hotel kami tu. Sekeliling dah gelap. Plan asalnya kami nak sampai di Perth tu before gelap, tapi dah sebab pi shopping kan, so pasrah je la.

Tapi syukurlah. Kami akhirnya dapat gak jumpa jalan ke hotel kami. Phew!

Kami tinggal di Beatty Lodge. Dok bilik kongsi 6 orang ikut jantina. 😉

Lepas check in, mandi segala. Terus tido.

Advertisements

Written by selipar.biasa

April 18, 2010 at 12:06 pm

Posted in Australia, Perth

One Response

Subscribe to comments with RSS.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: