melihat dunia ✿✿✿

Mabul Island day 1 & 2

leave a comment »

25hb Februari 2010

Group pertama (8 orang) naik flait jam 720am. Punyalah syok sangat berborak sampai tak sedar nak kena boarding dah. Kol  640, teh o baru sampai kat meja. minum2 kol 7 baru gerak nak masuk dan scan segala. Tengok-tengok kat pintu flait ke Tawau tu dah kosong dah. Semua dah pakat naik kapal. Kitorang berlari-lari ke flait. Dah la jauh. Exercise pagi betui. Haha!

Masuk je kapal, sekali delay dalam 20 minit. Ada masalah teknikal. Water boiler rosak. Tengah perbaiki. Ceh. Amik masa dalam 2 jam setenah ke Tawau. Sampai je, Asbi drebar van dah ada dah. So, kami terus bertolak ke Semporna. Ambil masa dalam 1 jam lebih. Sampai Semporna, kami di bawa bertemu dengan Jeff, owner Scuba Jeff Guest House. Kemudian kami lunch dan terus check in City Inn Hotel. Malam pertama ni kami akan tidur di Semporna sebelum bertolak ke Pulau Mabul esok pagi.

Rehat-rehat. Aku sempatlah pergi cyber cafe depan hotel tu. Mak oii punyalah ramai budak-budak main games. Dalam pukul 3.00pm, Momo driver (kawan kepada Asbi), datang hotel. Dan kan bawa kami pusing-pusing bandar Semporna. Kami di bawa ke Bukit Tengkorak. Boleh tengok satu bandar Semporna dari atas. Kena naik tangga la untuk ke atas Bukit tu. Lepas tu kami ke Tampi-tampi. Ada restoran atas air kat situ. Sempatlah minum-minum membasahkan tekak. Dorang kata, kat situ salah satu tempat filem Duyung berlakon.

Kemudian kami singgah beli pisang goreng sekeping 10 sen. Nipis dan rangup. Sedap plak tu. Kalau ada sambal kicap, mmg best la. haha! Kami ke Dragon Inn Floating. Lepak-lepak amik angin petang. Balik hotel. Siap-siap untuk dinner sekali dengan group kedua (15 orang) yang akan sampai pada jam 830pm.

26hb Februari 2010

Jam 7am, check out hotel. Pi sarapan kat kedai dekat-dekat dengan jeti. Dalam lebih kurang jam 830am, bertolak naik bot ke Pulau Mabul. Ambil masa dalam 1 jam lebih la untuk sampai ke Pulau Mabul. Sampai di Scuba Jeff Guest house, check ini. Ambil bilik masing-masing. Kemudian di beri taklimat daripada Jeff. Terutama sekali tentang DSD (Discovery Scuba Diving). Untuk mereka-mereka yang tak pernah diving dan tak pandai berenang, bolehlah ambik pengalaman ini.

Lepas dah lunch dah rehat-rehat. Petang tu kami bertolak ke tempat nama Paradise. So bermula la sesi DSD. Mula-mula tu cuak la. Tapi ada instructor 3 orang yang akan membantu masuk ke dalam dasat laut tu. Phew. Aku turun dengan confident tapi bila dah sampai kat laut tu, jadi panik. Air masuk ke dalam mask. Memang panik habislah. haha! So, aku cakap aku nak naik dulu. Nanti buat lagi. Nak coolkan dulu keadaan. haha!

Lepas DSD tu, balik chalet. Boleh ke pantai belakang untuk main pasir dan mandi manda. Lepas makan malam, lepak-lepak kat anjung depan chalet. Layan laut depan mata dan nasib baik kitorang bawak kad UNO tu.  So lepak dan main UNO la malam2 hari.

Sempatlah kami masak bubur pulut hitam (bawak pulut hitam sendiri dan santan beli siap-siap di semporna). Buat guest house tu macam rumah kami sendiri. kui kui kui

Advertisements

Written by selipar.biasa

February 25, 2010 at 12:19 pm

Posted in Malaysia, Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: