melihat dunia ✿✿✿

Bali day 6

leave a comment »

Hari ni tanpa pak supir juga. Kami hanya jalan kaki sekitar jalan kuta dan jalan legian. Soping untuk duit2 yang terakhir. menggunakan sisa duit yang ada. hehe.

So, sewaktu kami jalan nak ke pantai kuta tu, kami terserempak dengan budak penghantar kereta semalam tu. So, dia kata kereta yang kami sewa tu ada calar kat tepi pintu keta belah drebar. Hairan gile kami. Setahunya kami takde plak berlanggar or bergesel dengan apa-apa pun. Lebih-lebih lagi kat driver tu (seat aku la kan). Aku cuak2 gak. tapi mmg seingatnya takde langgar apa-apa.

Budak tu cakap, nanti bos dia akan datang hotel untuk diskas dengan kami. Mungkin minta
bayaran untuk ganti rugi. Aiyooo…

Kami meneruskan perjalanan. Dari pantai kuta tu kami naik teksi ke galeria mall (cari barang sikit). Pusing2 sekejap. Pehtu amik teksi pulang ke hotel.

sampai kat hotel. kami rileks2 kejap. kemudian jam 2pm keluar hotel utk pi spa kali terakhir.

Masa kat lobi hotel tu, terserempak dengan pekeje hotel yang carikan kami kereta tu (biar
aku gelar dia Nyonya) so nyonya kata mmg betul ada calar kat pintu drebar tu. Kebetulan pulak aku ada amik gambar dengan kereta tu. Aku tunjukan gambar tu pada nyonya. Kebetulan pula calar tu kat belakang di tempat aku bediri dalam gambar tu. Ceh!

nyonya tu kata, maybe kena bayar duit. Tapi nanti dia cuba bincang dengan bos kereta sewa tu. Aku cakap, kan duit sewa keta tu cover sekali insurans? Dia kata, kena bayar dulu deposit usd500 baru boleh claim dari insurans tu. telan air kami bila dengar usd500. Huwaaa… usd100 pon takde dalam tangan. Mampus la.

So kami buat muka sedih. mencari simpati. Aku cakaplah kereta tu takde signal. Hampir2 nak eksiden. Bahaya.

Nyonya tu mmg helpful sangat. Dia kata jangan risau. Nanti dia cuba diskas dengan owner kereta sewa tu. Konon takde signal, so tak payahlah nak ganti yang calar balar tu. Dia kata owner keta tu akan datang hotel dalam jam 5pm. dan dia akan tolong setelkan.

Legalah. so kami pon pergi spa (walau dalam hati dok risau gak). Lepas tu pi amik long suit yang kawan aku buat. Kemudian kami balik hotel. dalam jam 6 lebih. Tengok2 nyonya tu takde. ok gak.

Kami packing2 barang. Sebab esok flight kami ke kl jam 6am. Setel packing barang. rileks2.
kemudian kami keluar makan malam area jalan kuta tu. Makan nasi padang. Sambil makan
tu, sambil nonton tv. ada pulak rancangan membaik pulihkan hubungan percintaan. tv tu
panggil bf dan gf yang bergadoh, pehtu panggil plak org ketiga sekali. So gaduh2 cari jalan penyelesaian kononnya. Aduhai.. rancangan mcm ni pon ada ka?

setel makan, singgah kat cyber cafe jap. pehtu soping lagi utk sisa2 duit yang ada.

oh ya, lupa plak nak citer. hari semalamnya, kawan aku nak tukar duit usd ke rupiah. Pi la kat money changer area jalan kuta tu. Cari2 yang bleh bagi rega tinggi sikit. terjumpa la satu kedai ni. Mula2 sorang je yang ada kat kaunter. SEkali tu, tiba2 muncul plak 2 org lagi lelaki.

Kami betiga, dorang pon bertiga. mamat kat dalam kaunter tu nak tengok duit kawan aku
tu, nak tengok tahun bila. sambil tu dia borak2. dia tanya nak buat apa dengan duit tu. Beli apa? kawan 2 org lagi tu, dok tanya2 aku dan kawan aku lagi sorang. kiranya dorang saja berborak2 utk hilangkan fokus kami.

Kawan aku before pi money changer tu mmg dah kira, duit ada usd157. tup2 bila tengok
balik ada usd147 saja. hilang usd10 sewaktu sedang berurus niaga tu. Rasanya masa dia konon2 nak check duit tu tahun bila, dan dok borak2 dengan kami tu, dorang kelepet duit tu. Tapi kami tak berani la nak cari pasal sangat. sebab dorang bertiga tu pon mcm ganas.

Kami cepat2 setelkan, dan terus blah.

Advertisements

Written by selipar.biasa

July 27, 2009 at 8:09 am

Posted in Indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: