melihat dunia ✿✿✿

Bali day 5

leave a comment »

Hari ni tamatlah perkhidmatan pak supir. So, kami pon menyewa sebuah kereta. Mintak pihak hotel carikan. So kitorang dapatlah kereta Suzuki Karimun. Ala-ala macam kereta kenari gitu.

sebelum guna kereta ni, kami dan pihak pembawa kereta tu sama-sama check apa yang calar balar kat keta tu. Korang semua pun nanti, kalo nak sewa keta tu, hati2 ya. check details semuanya. Kalo ada kamera, amik gambar semuanya2. boleh dijadikan bahan bukti.  Nanti terkena macam aku. kang aku citer.

Lepas dah dapat keta, aku dengan rasa nebes dan cuak2 drive la keta tu. sambil kawan aku jadi co pilot (tengok map yang telah diberi oleh pihak hotel, arah mana yg harus diikuti).

Plan pagi itu adalah, pergi ke pasar sukawati. Sebab haritu tak puas soping. Bawak je keta tu, barulah perasan, yang signal keta tadak. Adoiihhhhlah. so kena hati2. orang keta tu tadi takde pon bagitau apa-apa pasal signal tu. hampeh sungguh.

Bawak keta yang takde signal ni merbahaya sungguh. Kami banyak kali hampir2 nak berlanggar dengan motosikal dan keta lain. pheww!!!!

So, kami pon selamat sampai ke Pasar Sukawati tanpa sesat. Terer tak? Hahaha! Tapi tanya2 gak la dengan orang. so kami pon soping2 sepuasnya. banyak soping painting.

Masa nak balik dari sukawati ke kuta ni, sekali tak jumpa plak jalan balik. Berhenti tepi jalan, dah tanya sorang pakcik ni.

Kami : Pak, denpasarnya ikut jalan mana?
Pakcik : ohh, pasarnya sudah tutup tengahari.
kami : Ha? denpasar. kuta?
pakcik : oohh terus, kemudian belok ke kiri.

Hehehe… kami gelak je la.

kami pun meneruskan perjalanan. Oleh kerana dah terbiasa drive kat mesia ni, bila stop kat trefik lait, akan lebih dari garisan tu, so terbawa2 la ke bali ni. Sekali tu, pak polisi ada kat pondok tepi jalan. dok tiup2 wisel. suruh undur ke belakang. takleh lebih. cuak2 gak masa tu. aku pon reverse la keta sket2. kekekek

Entah macam mana kami boleh tak terjumpa jalan ke kuta plak. Entah jalan mana tah kami lalu. Pusing2 kat situ pun sama je jalan. Tapi last2 bila dah tanya orang itu dan ini, kami berjumpa gak jalan.

singgah kat galeria mall. lunch kat situ. Pusing2. Kemudian balik hotel.

belah petang, pi ke Pantai Nusa dua. Lepak2 situ. Oh best sekali. balik ke hotel singgah makan nasi padang.

Pergi spa. urut2. balik hotel dan tido.

Advertisements

Written by selipar.biasa

July 26, 2009 at 8:08 am

Posted in Indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: