melihat dunia ✿✿✿

Bali day 2

leave a comment »

Bangun pagi tu, kitorang bfast kat hotel. Tak tahula pulak dorang bagi bfast pree. roti + buah/jus + kopi or teh. kira okaylah tu kan utk alas perot? hehe…

Lepas bfast, kitorang jalan sekitar2 kuta tu. Kemudian jalan ke tepi pantai kuta. Tunggu Yanto di area depan Mekdonel tu. Dalam jam 9am, Yanto sampai. So tempat pertama yang akan dibawa hari ni adalah tempat  painting adik beradik tu. Wayan Mardiana Painter. Lukisan di situ cantik2 belaka. Sesuai dengan rega. Kami tak beli pun. Hehe.

Kemudian kami ke Pasar Sukawati. Soping2. Yanto bagi masa sampai jam 12tengahari. Dua org kawan aku tu kaki soping so masa tak cukup. Banyak painting. Boleh tawar rega best2 gak la. Painting kecik2 tu boleh la dapat dlam 8k – 10k. Selalunya kalau pergi pagi, dorang boleh kasik rega best2. sebagai pemecah rejeki gitu. Hehe

Oleh kerana tak cukup masa nak soping, so kitorang decide nanti nak sewa keta dan pergi ke sukawati ni. hehe

Jam 12pm tu, kami ke ladang kopi. Ada kopi luwak yang paling mahal tu. Korang boleh search kat google, apa itu kopi luwak. Btw, beberapa hari sebelum ke Bali ni, my boss ada citer pasai kopi luwak ni. Dan tak sangka, aku akan jumpa gak dengan kopi luwak ni. Hehe sebab dalam itenary takde pon cakap pi sini.

So, kat situ kami boleh test 5 cawan kopi yang ada dijual di situ. Tapi mcm biasalah. kami tak beli pon. Hehhe…Lepas tu, kami ke kawasan Batur. Ada gunung berapi Batur. Dan kami makan di restoran  Batur Sari. Duduk kat tempat mengadap gunung berapi. Dengan udara yang sejuk. Oh nyaman sekali. Makan kat sini secara buffet. Kalo tak silap sorang 50k.

Lepas makan tu, kami ke tegalalang. tengok sawah pagi bertingkat2. sayangnya masa kitorang sampai ni, padi dah diambil. So tengok tapak sawah padi je lah. Tapi okey. Kat sini aku beli pinggan batu marmar tu 3 set. Masa kat porem ni, baca reganya boleh dapat 50k. tapi  haritu tawar2 pon boleh dapat 100k. Hehe blasah je lah. Buat sebinier utk mak dan kak ipar. Hehe…

Dah setel situ, kami pon bertolak balik ke Kuta. Konon nak tengok sunset di pantai seminyak tu tapi suasana mendung. Dan sampai je kat pantai tu, hujan pon renyai2 turun. So kitorang posing2 sket. Kemudian terus pi dinner kat restoran wong solo (makan ayam penyet. hehe). pehtu suruh Yanto hantar hotel.

Dah letak barang2 yang disopingkan siang tadi, kitoran jalan kat area2 hotel tu. My friend nak buat long suite. So kira okey gaklah. 3 helai long suite reganya 2 juta. Kualiti dijamin ok.  Sempatlah pi urut2 badan. Dalam 120k (urut badan + lulur + facial muka). Kebanyakan spa  kat sini, dia pakai divider kayu jer. dan pintunya hanya tutup pakai langsir. So ladies tu hati2 la sket ek. Kalo boleh mintak bilik2 hujung. Sebab kadang2 awek2 spa ni, dia kuar masuk masa kita urut tu (seksi meksi tu), dorang tak tarik langsir pintu tu. So, org luar bleh la tengok dan ngendap2. hahaha!

Lepas ke spa, kami balik hotel. Tido. hehe

Advertisements

Written by selipar.biasa

July 23, 2009 at 8:04 am

Posted in Indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: