melihat dunia ✿✿✿

Bali day 1

leave a comment »

Kembara Bali 22hb – 27hb Julai 2009

Flight ke bali jam 7pm. Tengahari tu, aku dok prepare sikit2 beli obat-obatan. Dah la beberapa hari sebelum nak pergi ni, ada kes bom kat Jakarta tapi tawakal saja la. Hehe. Aku pergi bertiga. Jam 5pm dah ada kat lcct. check in. Lepas check in, lepak-lepak kat lcct tu. Sambil tu keluarkanlah kamera. Oh no!!! baru terperasan yang memori kad kamera besar aku tak bawak. Aku ada 3 keping memori kad. (1gb, 2gb dan 8gb). rasa nak menangis je masa tu. Nak patah balik jauh lah plak (kat serawak). Nasib baiklah yang 1gb tu memang sedia ada kat kamera. Dan nasib baik bawak external hard disk. Uhuks. Dan nasib baik juga ada kamera kecik aku, dan kamera kecik kawan aku. So, bersabar je la.

Jam 10pm gitu sampailah kat Airport bali. Dan flight ke epot tu kena naik bas. (macam kat epot Zurich). Punyalah lama dan panjang nak beratur kat imigresen tu. Peh dah setel tu, kami pergilah ke tempat amik beg. Nampak sign boad AA dari kul. So tunggu la kat situ. tunggu punya tunggu. Tak muncul2 beg kami. Alamak! Di mana dia???Sekali tu kami pandang balik signboad kat tepi tu. Tengok2 eh? kenapa dia tulis fligtht Garuda plak? heran sungguh. Kami tak silap pandang pon tadi. So kami pun berjalan sekitar situ cari yang ada signboad Airasia. Pusing2 sekali jumpa la. Rupanya dorang ni suka2 hati je nak alih2 board tu. ceh!

Keluar dari kawasan situ, kat luar tu punya la ramai pak supir yang sedang pegang nama client. Hehe… Cari2 tu, ternampak la nama aku. Pak Yanto dah bersedia untuk berkhidmat. Hehe. Muda belia rupanya si yanto ni. Dia datang naik APV Suzuki. Kira oklah. Selesa. Boleh letak barang soping dengan banyak di seat belakang (keh keh keh).

Sampai tu, kami ke hotel. Check in. Kami duduk di Sayang Maha Mertha Hotel. Okeylah gak. Bilik murah kan. usd10 utk single, usd15 untuk double. Amik bilik yang ada kipas saja. so okeylah. Takleh nak demand tinggi la, sebab rega pun murah kan? Tapi ada swimming pool, sekali dengan bfast.

Lepas check in, kami terus pergi ke restoran Plekung area2 kuta tu. Not bad gak makanannya. Siap ada penyanyi lagi. sambil makan sambil dengar lagu.

Setel makan, kami balik hotel. Tido.

Advertisements

Written by selipar.biasa

July 22, 2009 at 12:40 pm

Posted in Indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: