melihat dunia ✿✿✿

Pangkor Island

leave a comment »

Pi Pangkor ni pun tak dirancang. Aku hantar adik ke UTP untuk register program apa tah. So, lepas hantar adik, aku dan kawan baru tergerak hati nak ke Pulau Pangkor. Jadi kami terus drive ke Lumut. Cari parking kereta dekat-dekat dengan terminal feri. Ambik bot yang dah nak hampir-hampir bertolak ke Pangkor.

Sampai kat Pulau Pangkor, kami sewa motosikal. Nak sewa kereta macam tak berbaloi. Jadi dengan motosikal tu la kami ronda Pulau Pangkor. Sempatlah jumpa dengan kawan aku yang kerja kat hotel situ, Kak Ros. Tajaan makan tengahari. Keh keh keh.


Lepas lunch, kami pun pusing-pusing Pulau Pangkor. Sampai ada satu part tu, kena naik bukit, motosikal tu tak larat pulak nak bawak kami berdua. Jadi, kawan aku turun jalan kaki dan aku press minyak kuat-kuat. Eekekeke.

Takde aktiviti yang kami buat, just lepak-lepak tepi pantai layan perasaan saja.

Dah petang sikit tu, kami pun bertolak balik ke Lumut. Pusing-pusing bandar Lumut sebelum bertolak balik ke KL. Sempat singgah Teluk Batik.


Lepas bertolak dari Teluk Batik, dah nak senja dah. Sempatlah kami singgah di Pasar Malam Seri Manjung dan pekena laksa penang sedap. Kedainya sentiasa penuh dengan orang.

Lepas dah kenyang, kami pun bertolak balik ke KL. Keadaan yang gelap tu agak susah sikit la nak cari jalan keluar dari situ.Tapi Alhamdulillah, semuanya okey. Tak tahu jalan, sila bertanya dengan orang okey?

Advertisements

Written by selipar.biasa

April 15, 2006 at 7:21 am

Posted in Malaysia, Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: